10 Pemandangan Paling Menakutkan



10. Dachstein Sky Walk (Austria)

Kalau anda punya penyakit takut akan ketinggian, sebaiknya anda tidak melawat tempat-tempat ini.
Ini 10 Pemandangan Paling Menakutkan Di Dunia:



Disebut "Balkoni pergunungan alpina", Dachstein Sky Walk ditahtakan pada ketinggian 2700 meter di atas paras laut dan di atas batu-batu menegak Hunerkogel setinggi 250 m. Pemandangan 360 darjah memperlihatkan pada para pengunjung pemandangan Slovenia di selatan Republik Czech di sebelah utara. Skywalk jauh lebih tinggi dari platform di air terjun Niagara ataupun yang berada di air terjun Iguazu, Brazil.

9. Aurland Lookout (Norway)

Arkitek Todd Saunders dan Tommie Wilhelmsen ditugaskan untuk membuat rekabentuk tempat perhentian yang indah di atas gunung Aurland di Norway dan menghasilkan si cantik ini yang mendapat tempat pertama di pertandingan laluan pelancongan Norway. Sisi paling luar platform - yang melengkung untuk membentuk fondasi struktur - ditutup sebuah kaca, memberikan pemandangan luar biasa ke daratan di bawah untuk mereka yang berani berjalan sampai paling hujung.

8. Grand Canyon Skywalk (Arizona - USA)

Platform menegangkan berbentuk tapal kuda ini bergantung tepat 4000 kaki di atas tanah dan memanjang 65 kaki dari hujung tebing Grand Canyon. Skywalk berbentuk tapal kuda ini dibina dari tembok kaca setebal 4 inci dan pengunjung dikehendaki memakai kaus kaki anti gores bila ingin berjalan dan melihat pemandangan di sana. Karya ini adalah karya seni bina luar biasa yang sanggup menahan berat sehingga 70 tan (setara dengan 14 ekor gajah afrika) dan dapat menahan tiupan angin sampai 100 meter per jam.

7. Platform Gantung Air Terjun Iguazu (Brazil dan Argentina)

Selain dari air terjun yang memang menakjubkan, tempatnya yang berada di hutan lindung subtropika membuat pelancongan di tempat ini semakin menyenangkan. Untuk menghargai kebesaran dan kemegahannya, baik sekali untuk melihat air terjun ini dari skywalk. Platform pemandangan ini begitu dekatnya sehingga anda akan tersemprot oleh percikan air dan dibuat pekak oleh raungan air jatuh dari ketinggian 80 kaki yang memekakkan telinga.

6. Menara Pencakar Langit Auckland (New Zealand)

Menara pencakar langit Auckland setinggi 328 m adalah bangunan tertinggi di belahan bumi bahagian selatan. Diperlukan 2000 tan besi, 660 tan baja kerangka bangunan dan 15000 meter padu simen untuk membinanya. Bangunan ini dapat menahan angin berkelajuan 200 km / jam, gempa berkekuatan 8 skala richter dan di hari yang cerah, pemandangan boleh mencapai 82 km. Puncak dalam ruangan yang tertinggi adalah Sky deck dengan kaca tanpa sambungan yang memberikan pemandangan 360 darjah.

5. Illawara Fly Tree Top Walk (Australia)

Tempat ini dibuka belum lama selepas 5 bulan pembangunan. Terletak di Knights Hill di atas tebing dekat Robertson di dataran tinggi selatan, Illawara Fly Tree Top Walk memudahkan tetamu untuk berjalan-jalan di antara kanopi hutan hujan 25 meter di atas tanah di atas platform besi. Lorong jalan setinggi 500 m ini mempunyai tangan penyangga yang membawa pengunjung ke hujung tebing dan menawarkan pemandangan garis pantai dari Kiama sampai Shellharbour.

4. Landscape Promontory

Landscape Promontory adalah platform pemandangan gantung yang direka Paolo Burgi sebagai bahagian projek Cardada, sebuah revitalisasi gunung Cardada yang dijangka selesai pada tahun 2010. Lorong yang diperbuat daripada besi dan titanium berakhir pada platform pemandangan dengan pemandangan Lago Maggiore. Bukan hanya pemandangan yang boleh dinikmati para tetamu. Simbol-simbol di ubin dan keterangan keterangan yang tertulis di susuran platform menawarkan rujukan tentang sejarah dan kesastraan.

3. Infinity Room at the House of the Rock (Wisconsin - USA)

House on the Rock, pertama kali dibuka pada tahun 1959, adalah kompleks ruangan2, jalan, kebun, dan kedai dengan reka bentuk unik oleh Alex Jordan, Jr. Letaknya adalah di Spring Green, Wisconsin, dan merupakan tempat pelancongan serantau. The Infinity Room di rumah itu memanjang beberapa ratus kaki dari lembah, tanpa penyangga di bawahnya, dengan lebih daripada 3000 tetingkap buatan tangan di pinggirnya.

2. Il Binocolo (Itali)

Di dalam kebun istana Trauttmansdorff, Itali anda akan menemui platform besi yang memukau ini keluar dari celah-celah pokok. Namanya, yang bererti teropong, berasal dari bentuk atap kecil platform tersebut dan pemandangan sekitar. Di reka bentuk oleh arkitek Matteo Thun.

1. Puncak Tyrol (Austria)

Top of Tyrol (Puncak Tyrol) yang direka oleh Astearchitecture adalah platform pemandangan setinggi 3000 m di atas permukaan laut di atas glasier Stubai di Tyrol, Austria. Baja tahan cuaca digunakan dalam pembangunannya untuk mangantisipasi cuaca ekstrim sehingga anda dapat berdiri 9 meter dari puncak gunung untuk melihat pemandangan Glasier Stubai.

Sumber

Comments :

0 komentar to “10 Pemandangan Paling Menakutkan”

Posting Komentar

Entri Populer